Rabu, 18 Disember 2019

RESIPI KUIH KETAYAP

Assalamualaikum. Siapa suka makan kuih ketayap? Saya yakin anda suka sebab itu anda boleh berada di blog saya, bukan? Hah, hari ini Aida akan kongsi kepada semua resipi kuih ketayap, kegemaranku :D

Bahan-bahan
- 1 setengah cawan tepung gandum
- 2 cawan air
- 2 helai daun pandan
- secubit garam
- 1 biji telur
- pewarna hijau
- 1 biji kelapa parut
- 2 ketul gula melaka

Cara-cara membuat lapisan luar
1) Kisarkan daun pandan dengan dua cawan air, kemudian tapiskannya. Kisar lagi sekali bahan tersebut
2) Masukkan air pandan tadi berserta dengan tepung, secubit garam, pewarna hijau dan sebiji telur. Sebatikan semua bahan tersebut

Cara membuat inti kelapa
1) 1 biji kelapa parut dicampur dengan air, 2 ketul gula melaka dan sesudu tepung gandum serta secubit garam

Kemudian...
Masukkan semua bahan ke dalam kuali.  Kacau sehingga sebati dan masak sehingga tekstur inti menjadi lembab dan lengket.  Jika ingin lebih lembab, masukkan lagi air mengikut kepada citarasa anda.  
Panaskan kuali.  
Sediakan semangkuk minyak berserta simpulan daun pandan.  Bila minyak dah panas, sapukan minyak sedikit di atas kuali dan mulakan menuang aduan tadi.  
Goyang-goyangkan kuali agar adunan memenuhi permukaan kuali.  
Tunggu sampai masak.  
Bila dah masak, keliling adunan tu macam melengkuk sikit nampaknya, jadi letakkan inti dan gulung.
Kuih siap. Selamat mencuba!https://bukudiariaidashari.blogspot.com/
https://bukudiariaidashari.blogspot.com/
RESIPI KEK BATIK


Bahan – bahan:

Kek batik : 

-600g biskut marie (patahkan)
-250g mentega
-1 cawan milo
-1 cawan susu pekat
-1/2 cawan serbuk koko
-1/2 cawan air masak
-2 biji telur
-Esen vanila

Didihkan kesemua bahan topping atau masukkan kedalam microwave. Ketepikan. Biarkan sejuk sekejap.

CARA MEMASAK :

1. Lapik loyang dengan 'patchment paper' supaya mudah keluarkan apabila sudah masak
2. Cairkan mentega dalam periuk dengan api sederhana, kemudian masukkan susu dan serbuk milo
3. Sebatikan dan masukkan serbuk koku dan gaul
4. Masukkan biskut Marie yang telah dipatah-patahkan kemudian gaulkannya sehingga sebati.
5. Tuang semua ke dalam loyang dan tekan supaya mampat.
6. Simpan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

-SELAMAT MENCUBA!-